(Zoom Online) Asas Microsoft Excel Formula IF

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian. Kelas ini menggunakan Microsoft office iaitu Excel. Kali ini, peserta diberikan tunjuk ajar menggunakan kotak-kotak “cell” untuk menerangkan tugasan peserta dalam menyenaraikan data peribadi sumber manusia dalam organisasi beliau. Selain itu, peserta diberikan tunjuk ajar memasukkan formula untuk membuat perbandingan gaji dan upah pekerja beliau bagi memudahkan beliau untuk mengkaji semula tangga gaji yang beliau perlukan untuk perancangan pembukaan perniagaan beliau. Kelas ini berlangsung selama satu (1) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali