Zoom Online - Kelas Asas Google Sheet Individu

8 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Google Sheet individu secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kelas ini telah berlangsung atas permintaan peserta yang ingin mempelajari penggunaan Google Sheet untuk tugasan universiti. Peserta telah diberi pendedahan tentang fungsi Google Sheet dan kelebihannya. Petugas PIK juga menerangkan tentang persamaan dan perbezaan di antara penggunaan Google Sheet dan Microsoft Office. Selain itu, peserta juga diberi tugasan untuk disiapkan dengan menggunakan Google Sheet dan diberi panduan tentang bagaimana untuk membuat “link” bagi tujuan kongsian dokument bagi proses penghantaran melalui emel. Kelas telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 3:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali