Kelas Microsoft Powerpoint Individu
7 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint Individu atas permintaan peserta. Peserta telah diberi tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi asas komputer iaitu Microsoft Powerpoint untuk menyiapkan tugasan. Peserta meminta tunjuk ajar petugas PIK dalam membuat satu poster untuk menu makanan perniagaan ibu beliau. Semasa kelas berlangsung, peserta menggunakan Carian Google mencari beberapa contoh poster ringkas untuk digunakan sebagai idea poster tersebut. Peserta diberi tunjuk ajar dalam menggunakan gambar asli menu masakan untuk disunting ke dalam poster tersebut. Kelas telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: