Hebahan Kemudahan i-Sinar KWSP
11 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa perkongsian di medium media sosial seperti Facebook page, akaun Instagram, laman Whatsapp Group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif hebahan ini juga adalah untuk mendedahkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, berikut merupakan keterangan yang boleh dijadikan panduan bagi memohon i-Sinar KWSP:-
Kategori 1 – Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji
Kriteria Kategori 1:-
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
- Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
Bagi kategori ini:-
- Tiada dokumen sokongan diperlukan;
- Kelulusan secara automatic berdasarkan data dalaman KWSP;
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020
*Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
Kategori 2 – Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan. Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:-
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa
*Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan. Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
#kwsp
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: