Meet Online - Pengenalan Asas Shopee Seller Centre

7 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Hal ini memudahkan peserta kerana aplikasi ini boleh didapati di laman Gmail peribadi peserta serta mengelakkan penularan wabak COVID-19 seperti SOP yang telah ditetapkan. Kelas ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta untuk membuat kedai atas talian di laman Shopee. Selain itu, peserta turut diberikan peluang untuk membuat terus akaun shopee seller centre ini menggunakan akaun pembeli yang telah sedia ada untuk mendaftar sebagai penjual. Tambahan, peserta diajarkan juga menggunakan laman profil kedai di shopee seller centre untuk menambahbaik atau menukar status kedai dari semasa ke semasa mengikut keperluan peserta atau penjual. Melalui kelas ini, peserta dapat memasarkan produk mereka melalui platform atas talian dengan capaian yang lebih meluas. Kelas bermula pada jam 8:00 pagi dan tamat pada jam 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali