Zoom ICT Personal Beginner – Powtoon Beginner

7 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ICT atas talian secara individu menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Kelas tersebut diadakan atas permintaan peserta untuk mempelajari aplikasi Powtoon. Dalam sesi tersebut, peserta telah diberi tunjuk ajar terlebih dahulu untuk mendaftar akaun Powtoon secara percuma. Peserta juga didedahkan dengan fungsi Powtoon di mana boleh digunakan untuk membuat suntingan video pendek berkenaan dengan produk perniagaan. Aplikasi Powtoon ini membolehkan pengguna untuk menyunting video pendek secara kreatif menerusi template-template percuma yang disediakan di samping membantu pengguna untuk mempromosikan informasi produk atau digunakan untuk keperluan lain seperti pembentangan. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali