(Zoom Online) Personal Coaching Shopee Seller Centre

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta yang ingin memulakan perniagaan beliau dengan e-dagang. Peserta diberikan pendedahan berkaitan dengan pelantar Shopee. Selain itu, peserta diajarkan membuka akaun peribadi shopee sebelum membuka akaun Shopee Seller Centre. Setelah itu, peserta diajarkan cara menaikkan imej kedai dengan mencantikkan kedai mengikut spesifikasi yang diberikan pihak Shopee University. Peserta turut diajarkan cara memuat naik informasi produk jualan dengan Teknik-teknik yang telah diadaptasi di dalam pembelajaran pembukaan kedai Shopee di pelantar Seller Centre. Akhir sekali, peserta diberikan petua-petua untuk menyelesaikan cara mengisi pembungkusan dan penghantaran produk sebagai langkah terakhir memasukkan produk ke pelantar Shopee Seller Centre. Kelas berjalan selama satu (1) jam bermula pukul 3:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali