Kelas ICT Individu - Website

7 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara individu bagi membantu peserta dalam menggunakan website. Kelas ini diadakan atas permintaan peserta di mana peserta memerlukan penerangan dalam menggunakan sistem tersebut. Dalam sesi ini, peserta telah diberi tunjuk ajar untuk mengakses akaun Gmail terlebih dahulu. Selepas itu, peserta diberi pendedahan tentang penggunaan website di mana ianya lebih tertumpu kepada website kerajaan berkenaan “Tender”. Kelas tersebut telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali