Kelas Microsoft Powerpoint Individu

5 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Powerpoint secara individu. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta yang ingin meminta khidmat nasihat di samping membuat tugasan kerja beliau. Peserta telah diberi tunjuk ajar cara-cara membuat pautan pada dokumen yang diperlukan semasa pembentangan projek. Peserta juga diajarkan cara membuat jadual untuk dimasukkan ke dalam pembentangan Powerpoint beliau. Selain itu, beliau turut mengaplikasikan terus pembelajaran ini dengan mengolah pembentangan beliau untuk pembentangan projek beliau. Akhir sekali, beliau diberikan tips untuk menyimpan dokumen yang akan dan telah di buat pautan bagi memudahkan pembentangan beliau kelak. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hiingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali