Kelas e-Learning Bahasa Melayu Individu
5 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 4 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran Bahasa Melayu iaitu kelas membaca. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta untuk menambah baik kemahiran membaca. Tahap penguasaan membaca peserta adalah sangat lemah walaupun sudah sudah berada di Tingkatan 1, menengah rendah. Kelas ini memberikan peserta peluang untuk membaiki kemahiran membaca dengan lancar di samping ditunjuk ajar menggunakan laman sesawang yang menawarkan pelbagai alternatif untuk peserta belajar secara atas talian. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 4:00 petang hingga 6:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: