Kelas e-Learning Bahasa Melayu Individu

4 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran yang memerlukan peserta untuk melakukan tugasan secara atas talian. Kelas ini diadakan adalah bagi membuat persiapan dan melatih peserta untuk menghadapi musim persekolahan yang akan dimulakan tidak lama lagi. Dalam kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dalam menggunakan beberapa laman sesawang atas talian untuk melatih membaca. Rata-rata tahap penguasaan untuk membaca peserta adalah sangat lemah. Peserta diberikan tugasan berulang-uloang bagi memudahkan peserta mengingat ejaan dan sebutan yang betul. Peserta juga diberikan tugasan untuk membaca bahan bacaan asas yang terdapat pada laman sesawang yang diinginkan bagi berlatih membaca dan memperbetulkan sebutan. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 4:00 petang hingga 6:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali