Google Meet - Kelas Pengenalan Asas Akaun Carousell

6 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet untuk kelas pengenalan asas akaun Carousell. Dalam kelas ini, peserta telah diberi pengenalan tentang fungsi Carousell di mana platform E-commerce yang menyediakan perkhidmatan penjualan dan pembelian serta mempromosi kekosongan pekerjaan di sesebuah tempat. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk mendaftarkan satu akaun persendirian sebelum menggunakan aplikasi Carousell. Kelas telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali