Google Meet - Kelas Asas Aplikasi Prezi

5 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 June 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet untuk kelas asas Aplikasi Prezi atas permintaan peserta. Peserta telah diberi pengenalan tentang fungsi aplikasi Prezi di mana boleh digunakan untuk tujuan pembentangan atau sesi temuduga pekerjaan. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar untuk menyunting satu pembentangan mengikut tema kreativiti masing-masing. Sebelumnya, peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftarkan akaun Prezi untuk tempoh percubaan. Hasil kerja pembentangan peserta telah disimpan di dalam akaun Prezi masing-masing. Kelas telah berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali