(Zoom Online) Pengenalan Asas Canva – Pembentangan Mudah

2 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan sedikit perkongsian iaitu mengenai pengenalan asas aplikasi atas talian. Aplikasi Canva boleh digunakan sama ada secara atas talian atau boleh dimuat turun ke perkakas komputer, komputer riba, atau telefon pintar. Melalui perkongsian ini juga, peserta dapat pendedahan dengan cara penggunaan serta kewujudan aplikasi ini bagi memudahkan peserta untuk melakukan tugasan harian yang memerlukan aplikasi seperti ini. Peserta juga dapat mengolah templat yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan terus templat yang disediakan. Hal ini dapat menjimatkan waktu dan tenaga di samping tugasan yang dilakukan akan lebih mudah. Perkongsian ini berlangsung selama satu (1) jam iaitu bermula jam 2:30 petang hingga 3:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali