(Zoom Online) e-Pembelajaran Matematik

3 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelejaran kepada peserta bagi memenuhi masa lapang dan cuti sekolah ini. Peserta diberikan beberapa pendedahan seperti mencari laman sesawang yang menyediakan pembelajaran secara atas talian. Melalui pendedahan ini, peserta dapat melakukan e-pembelajaran menggunakan telefon pintar dengan menggunakan sambungan internet di rumah. Selain itu, staf turut membimbing peserta untuk melakukan tugasan disamping menggunakan alat bantu mengajar secara atas talian. Hal ini membantu pelajar belajar dengan lebih interaktif di samping menikmati proses pembelajaran itu sendiri. Kelas ini berlangsung selama satu (1) jam iaitu bermula jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali