(Zoom Online) Asas Microsoft Excel

4 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian bagi berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan penggunaan asas Microsoft Excel dan fungsinya. Peserta diajarkan cara menggunakan konsep asas dalam Microsoft Excel ini. Antara pendedahannya ialah penggunaan templat dengan terletaknya “cells, rows, columns” serta memasukkan data di dalam koordinat “cell” yang betul. Selain itu, peserta diberikan tunjuk ajar untuk mengatur tetapan keluasan “column” yang dikehendaki. Akhir sekali, staf memberikan tip kepada peserta untuk membuat atau menciplak formula yang dikehendaki untuk mendapatkan jawapan pada tugasan yang diberikan. Kelas ini berlangsung selama satu (1) jam bermula jam 10:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali