Hebahan Langkah Pendaftaran Vaksinasi MySejahtera
3 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniHebahan ini dilakukan melalui beberapa perkongsian di medium media sosial seperti Facebook page, akaun Instagram, laman Whatsapp Group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif hebahan ini juga adalah untuk mendedahkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, berikut merupakan keterangan yang boleh dijadikan panduan bagi mengetahui sedikit informasi berkenaan dengan pendaftaran vaksinasi:-
Apa itu vaksin?
Vaksin adalah kaedah paling berkesan untuk melindungi anda daripada penyakit berbahaya seperti COVID-19. Ia meningkatkan daya tahan terhadap jangkitan.
Bagaimana mendaftar untuk mendapatkan vaksin?
- 1. Kemaskini aplikasi MySejahtera di App Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery
- 2. Klik Logo Vaksinasi COVID-19
- 3. Klik “Vaksin untuk (nama anda)” dan sahkan maklumat anda
- 4. Klik “DI SINI” untuk memberi maklumat tambahan
- 5. Jawab soalan dan tekan “HANTAR”
Maklumat tambahan:
- A. Maklumat temujanji akan diberikan secara ber[eringkat selaras dengan fasa vaksinasi yang telah dikenal pasti untuk anda
- B. Pastikan anda aktifkan “push notification” dalam aplikasi MySejahtera anda untuk menerima maklumat temujanji
- C. Maklumat lanjut berhubung fasa vaksinasi boleh didapati di www.vaksincovid.gov.my.
SUMBER: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
#lindungdiri
#lindungsemua
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: