Kelas e-Learning Sains

2 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta sendiri untuk membuat ulangkaji sebagai persediaan musim persekolahan bermula kelak. Peserta diberikan pendedahan kepada beberapa laman sesawang yang menyediakan latihan-latihan untuk belajar subjek yang dikehendaki. Peserta juga turut diberikan pendedahan cara-cara mencari bahan pembelajaran Sains daripada laman sesawang Youtube sepanjang kelas. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 4:00 petang hingga 6:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali