Kelas e-Learning Multimedia Individu

3 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran yang memerlukan peserta untuk melakukan tugasan secara atas talian. Peserta telah datang sendiri ke PIK bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi menggunakan aplikasi PhotoScape untuk mengolah dan mereka bentuk poster makanan. Tugasan ini perlu diselesaikan bagi menyiapkan kerja sekolah beliau. Oleh itu, staf memberi sedikit tunjuk ajar menggunakan aplikasi PhotoScape ini seperti penggunaan butang-butang mengedit gambar mengikut spesifikasi dan olahan gambar yang dikehendaki. Peserta juga turut diberikan tunjuk ajar cara-cara menyimpan dokumen atau mencetak hasil tugasan yang telah disiapkan. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali