Kelas Asas Website Individu

2 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website berdasarkan permintaan peserta yang ingin mengisi borang keperluan sekolah anak beliau. Peserta telah diajarkan beberapa penggunaan website yang dikehendaki iaitu menggunakan website daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Peserta telah diberi tunjuk ajar untuk mendaftar maklumat yang diperlukan selain mencipta kata laluan dan ID pengguna yang perlu ditetapkan terlebih dahulu. Peserta turut diberikan pendedahan untuk memuat naik maklumat dokumen yang diperlukan di laman website ini. Akhir sekali peserta turut didedahkan dengan cara mencetak dokumen yang telah dimuat naik ke laman website tersebut. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 9:30 pagi dan tamat pada jam 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali