Zoom Online - Pengenalan Asas Komputer

3 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian iaitu pengenalan asas berkaitan komputer. Peserta diberikan penerangan berkaitan dengan kelengkapan komputer secara asas bagi memberi gambaran kepada peserta cara-cara komputer berfungsi. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan sejarah bermulanya penciptaan dan penggunaan komputer diseluruh dunia. Peserta juga turut diberikan pendedahan fungsi komponen-komponen komputer seperti perkakasan komputer, peranti input dan output, serta spesifikasi yang diperlukan untuk membeli sebuah komputer untuk kegunaan mengikut keperluan mereka. Akhir sekali, peserta diberikan tunjuk ajar untuk mencari maklumat komputer menggunakan laman carian Google. Kelas berlangsung dengan baik dengan menggunakan aplikasi atas talian iaitu aplikasi Zoom. Kelas bermula pada jam 8:00 pagi dan tamat pada jam 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali