Hebahan Program Bantuan Khas PERMAI

3 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Hebahan ini dilakukan melalui beberapa perkongsian di medium media sosial seperti Facebook page, akaun Instagram, laman Whatsapp Group. Perkongsian ini bagi memberi pendedahan dan menyampaikan kempen hebahan dengan lebih jelas serta secara meluas. Objektif hebahan ini juga adalah untuk mendedahkan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, berikut merupakan keterangan yang boleh dijadikan panduan bagi mengetahui sedikit informasi berkenaan dengan SIP Prihatin:-

SIP PRIHATIN adalah satu inisiatif bantuan kewangan segera untuk membanti pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 dan menolong mereka yang terjejas mencari pekerjaan baru. Mulai 1 Januari 2021, individu yang kehilangan pekerjaan dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021 boleh mula memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sehingga 9 bulan di portal faedah SIP di pautan http://eis.perkeso.gov.my.

Antara pakej Bantuan Khas PERMAI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, SIP PRIHATIN telah dilonggarkan syarat permohonan bagi membolehkan lebih ramai pemohon menerima manfaat.

SUMBER: PERKESO

#perkeso

#sipprihatin

#permai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali