Ujian Atas Talian – Google Form

19 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu aktiviti secara atas talian menggunakan perisian Google Form untuk menjawab ujian atas talian. Dalam aktiviti ini, petugas PIK memberi tunjuk ajar dan pengenalan terlebih dahulu tentang perisian serta mengajar peserta untuk membuat akaun Gmail terlebih dahulu sebelum menggunakan perisian tersebut. Setelah itu, peserta perlu mengisi form tersebut mengikut keperluan setiap soalan terutamanya soalan yang bertanda bintang (arterisk symbol). Akhir sekali, peserta dikehendaki untuk menekan butang submit response untuk memastikan Google Form yang telah diisi telah selamat dihantar. Aktiviti ini telah berlangsung selama satu jam dari pukul 9:30 pagi hingga 11.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali