Zoom Meeting –Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak

30 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah satu taklimat ringkas bekenaan dengan Klik Dengan Bijak menerusi aplikasi atas talian Zoom Meeting. Dalam sesi ini, peserta diberi pengenalan tentang kempen klik dengan bijak yang lebih menfokuskan tentang isu-isu terkini iaitu penipuan internet dan maklumat palsu. Dalam taklimat ini, peserta didedahkan dengan kes-kes penipuan internet yang kerap berlaku di media sosial dan juga mana-mana sumber internet yang lain. Selain itu, orang ramai juga kerap mendapat informasi yang tidak sahih dan mudah untuk berkongsi maklumat tersebut tanpa usul periksa dan menimbulkan salah faham antara satu sama lain. Taklimat ini telah berlangsung selama satu jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali