Bimbingan Kerjaya Atas Talian

19 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu aktiviti bimbingan kerjaya atas talian atas permintaan peserta. Dalam sesi ini, peserta telah dibantu oleh petugas PIK untuk mengisi kerjaya dan pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia secara atas talian melalui website rasmi TUDM. Peserta telah diberi tunjuk ajar dan panduan semasa mengisi borang pendaftaran tersebut dan juga diberi pendedahan untuk memuatnaik dokumen berkaitan ke dalam pendaftaran tersebut. Peserta juga telah disarankan untuk menyimpan rekod pendaftaran tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Kelas tersebut telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 3.00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali