Panduan Sistem MySalam

22 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah memuat naik video ringkasan ke laman rasmi Facebok PIK PPR Taman Sri Wangi bertajuk Panduan Sistem MySalam. Dalam video ini, pengguna telah diberi tunjuk ajar tentang penggunaan sistem MySalam bagi tujuan tuntutan kuarantin Covid-19. Pada mula video, staf telah memberi pengenalan tentang fungsi utama sistem MySalam dan cara untuk menyemak kelayakan. Setelah itu, staf menunjukkan langkah-langkah yang perlu untuk menuntut skim perlindungan Covid-19 termasuk dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama dalam pendaftaran tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali