Kursus Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS) Sesi 3

22 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi dengan Kerjasama Coach Wan Academy dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan satu kursus Perkhidmatan E-Dagang Setempat (PeDAS). PeDAS dengan tagline Satu Klik Sejuta Peluang, adalah satu inisiatif dari MDEC dan kerjasama bersama pihak KPKT dalam membantu usahawan mikro untuk memperkembangkan perniagaan melalui platform e-Dagang. Seramai 13 orang peserta telah terlibat dengan kursus ini dan kursus tersebut telah dijalan oleh seorang tenaga pengajar yang terlatih iaitu Coach Wan daripada Coach Wan Academy dan dibantu oleh Staf PEDi PPR Taman Sri Wangi sendiri. Kursus ini telah berlangsung selama 9 Jam bermula dari pukul 8:00 pagi hingga 5 Petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali