Job Online Application Session

23 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan sesi ringkas secara individu bersama komuniti setempat bagi membantu komuniti dalam memohon pekerjaan secara atas talian melalui website seperti Longi. Dalam sesi ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dalam membuat akaun Gmail bagi kegunaan pendaftaran laman sesawang Longi tersebut. Peserta juga telah dibimbing untuk menyediakan beberapa dokumen berkaitan permohonan pekerjaan termasuk salinan kad pengenalan, resume terkini dan juga sijil akademik untuk dimuatnaik ke laman sesawang Longi tersebut. Sesi ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali