Kelas ICT Individu - Multimedia

24 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ICT individu atas permintaan peserta. Dalam kelas ini, peserta diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint untuk membuat rekaan grafik muka hadapan Diari Sekolah 2022. Peserta juga diberi beberapa tip sebelum mereka membuat rekaan iaitu melakar terlebih dahulu grafik mengikut kreativiti. Peserta juga diminta untuk mencari gambar yang bersesuaian dengan tema Diari Sekolah 2022. Seterusnya peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan beberapa fungsi suntingan pada aplikasi Microsoft Powerpoint seperti fungsi “Crop”, membuang background belakang dan juga lain-lain. Kelas tersebut telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali