Zoom Online – Taklimat Ringkas Check Your Label

21 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan taklimat ringkas klik dengan bijak secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting. Taklimat ini lebih tertumpu kepada kempen Check Your Label yang memberi pendedahan kepada peserta tentang kelebihan untuk menyemak label yang terdapat pada mana-mana peranti mudah alih yang digunakan. Dalam sesi ini juga, peserta telah diberi pendedahan tentang cara-cara untuk menyemak label mengikut menggunakan aplikasi ataupun hanya menyemak pada label yang telah dilekatkan pada peranti tersebut. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali