Kelas Asas Website

21 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website atas permintaan peserta. Kelas ini diadakan bagi membantu peserta yang ingin mengemaskini dan mendaftar akaun baru bagi permohonan bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh tahun 2021 ini. Melaui fasa PKPB ini, orang ramai telah digalakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi secara atas talian. Kelas ini diadakan bertujuan bagi membantu komuniti setempat dalam menggunakan beberapa platform laman sesawang berkaitan dengan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia. Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam menggunakan laman sesawang Bantuan Prihatin Rakyat. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam dari jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali