Cisco Webex Meeting – Create Quiz in Kahoot

20 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex Meeting. Kelas ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan penggunaan aplikasi Kahoot It, satu aplikasi permainan menarik yang berasaskan pembelajaran untuk digunakan oleh guru-guru menghasilkan kuiz untuk diberikan kepada murid. Kahoot boleh diakses melalui komputer, telefon atau tablet. Penerangan dimulakan dengan menjelaskan kegunaan dan fungsi Kahoot It kepada peserta. Seterusnya langkah demi langkah, dan setiap fungsi di dalam Kahoot ditunjukkan untuk memudahkan peserta memahami setiap langkah untuk menghasilkan kuiz yang menarik untuk murid-murid mereka. Kelas ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali