Cisco Webex Meeting – Create Logo with LogoMakr

21 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex Meeting. Kelas ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan penggunaan aplikasi LogoMakr, satu aplikasi yang digunakan untuk menghasilkan logo sendiri dengan mudah dan pantas. Penerangan dimulakan dengan menerangkan tetapan yang ada di dalam logoMakr dan apakah ciri-ciri yang terdapat di dalam LogoMakr untuk menghasilkan logo yang menarik. Langkah terakhir adalah langkah penyuntingan Logo yang telah dihasilkan dengan menambah ciri-ciri menarik seperti jenis fon ataupun warna fon tersebut. Kelas ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali