Kelas E-Learning Individu
20 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning atas permintaan peserta. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan beberapa platform menerusi internet untuk kegunaan pembelajaran. Peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 diberi beberapa pendedahan untuk menggunakan beberapa platform di internet seperti Youtube sebagai bahan rujukan kepada pembelajaran. Kelas telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: