Kelas Asas Website Individu

20 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website individu atas permintaan peserta. Dalam melaui fasa PKPB ini, orang ramai telah digalakkan untuk mendaftarkan persekolahan anak masing-masing secara atas talian. Kelas ini diadakan bertujuan bagi membantu komuniti setempat dalam menggunakan beberapa platform laman sesawang berkaitan dengan pendidikan. Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam menggunakan laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kategori modul pengurusan murid untuk mengemaskini pendaftaran persekolahan anak. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam dari jam 5:00 petang hingga 7:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali