Cisco Webex Meeting – Google Keep Tutorial

18 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex Meeting. Kelas ini diadakan bertujuan untuk berkongsi ilmu berkaitan penggunaan Google Keep, satu aplikasi berasaskan web yang ditawarkan oleh Google untuk digunakan mencatat nota, berkongsi dengan orang lain, dan boleh diakses dari komputer, telefon atau tablet. Penerangan dimulakan dengan menjelaskan kegunaan dan fungsi Google Keep kepada peserta. Seterusnya langkah demi langkah, dan setiap fungsi di dalam Google Keep ditunjukkan untuk memudahkan peserta memahami kegunaan setiap fungsi yang ditunjukkan. Kelas ini mengambil masa selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali