Aktiviti Kemerdekaan- Suntingan Grafik Facemask Kemerdekaan

17 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan satu aktiviti secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting iaitu Suntingan Grafik Facemask Kemerdekaan. Dalam aktiviti ini, petugas PIK memberi tunjuk ajar dan pengenalan terlebih dahulu tentang aplikasi yang akan digunakan untuk menyunting grafik. Antara aplikasi yang digunakan adalah aplikasi atas talian Canva dan juga Vistaprint. Peserta dikehendaki untuk menyunting hasil grafik facemask mengikut kreativiti masing-masing bertemakan Kemerdekaan Malaysia. Setelah itu, peserta perlu menyimpan grafik tersebut dalam format JPEG untuk dimuatnaik ke dalam aplikasi Vistaprint untuk tujuan dilampirkan terus ke facemask tersebut. Peserta dikehendaki untuk menyimpan hasil facemask tersebut dan dihantar kepada petugas PIK. Aktiviti ini telah berlangsung selama satu jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali