Zoom Online -Kelas Microsoft Excel Individu

19 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian iaitu Kelas Microsoft Excel secara individu. Kelas ini dijalankan bagi memenuhi masa lapang peserta yang rata-rata pelajar IPTA/IPTS dan juga bertujuan memberikan pendedahan tentang penggunaan Microsoft Excel. Peserta dibekalkan dengan Modul Microsoft Excel Asas sebagai panduan semasa pembelajaran. Peserta juga diberikan pengenalan tentang fungsi dan penggunaan Microsoft Excel terutama dalam penyimpanan atau pengolahan data yang berkaitan dengan nombor dan juga perbelanjaan. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar secara terperinci dalam menggunakan Microsoft Excel, memberi pengenalan terhadapa beberapa fungsi butang yang terdapat dalam aplikasi tersebut berpanduan modul yang telah dibekalkan. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam secara atas talian bermula pada pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali