Kelas Pengenalan Asas Zoom (Individu)
18 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas secara individu. Kelas ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengadakan mesyuarat secara atas talian. Kelas ini diadakan dengan menggunakan aplikasi Zoom. Peserta diberikan tunjuk ajar memuat turun menggunakan jemputan daripada laman Google emel, iaitu Gmail. Kelas ini juga dapat memberikan peluang kepada peserta dengan penggunaan Zoom untuk mengadakan sebarang aktiviti atas talian yang memerlukan perjumpaan “face-to-face” secara atas talian. Ini turut memberikan gambaran kepada peserta untuk mengikuti norma baharu bagi mengelakkan penularan virus COVID-19. Selain itu, kelas ini turut juga memberi peserta untuk menggunakan butang suara dan video. Tambahan, peserta juga diberikan tunjuk ajar membuka ruang “chat” bagi mengemukakan sebarang pertanyaan ketika mesyuarat berlangsung. Kelas berjalan dengan lancar, bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: