Kelas e-Learning Matematik

19 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran yang memerlukan peserta untuk melakukan tugasan secara atas talian. Kelas ini diadakan adalah bagi memenuhi masa lapang peserta yang rata-rata pelajar darjah 6. Dalam kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dalam menggunakan beberapa laman sesawang atas talian dalam mengulangkaji matapelajaran Matematik. Peserta juga diberikan tugasan untuk menjawab beberapa soalan berkenaan dengan matapelajaran Matematik dan masa diberikan adalah selama 1 jam. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 4:00 petang hingga 6:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali