Kelas Asas WPS Office Individu
16 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas WPS Office individu atas permintaan peserta . Kelas ini diadakan bagi membantu peserta untuk mempelajari kemampuan asas penggunaan WPS Office tertumpu kepada Powerpoint. Peserta diberi tunjuk ajar menggunakan aplikasi WPS Office Powerpoint dalam melengkapkan beberapa laporan pekerjaan. Penggunaan aplikasi WPS Office adalah dengan fungsi dalam Microsoft Word. Peserta diberi pendedahan tentang beberapa kelebihan menggunakan WPS Office dalam menyiapkan laporan. Selain itu, peserta juga diberi tunjuk ajar dalam mengaplikasikan butang hyperlink ke dalam laporan untuk fungsi membuka pelbagai laporan yang tidak tersedia di dalam laporan. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: