Penyerahan Pakej Remaja Keluraga Malaysia

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Majlis Penyerahan Pakej Remaja kepada penduduk sekitar Flat PPR Sri Wangi yang berkelayakan. Pakej ini dibekalkan kepada Remaja yang berumur 16 Tahun sehingga 21 Tahun untuk memudahkan mereka menggunakan data internet yang lebih besar dan membolehkan mereka menikmati penjimatan istimewa yang ditawarkan oleh syarikat pembekal perkhidmatan khas untuk remaja. Seramai 10 orang remaja daripada komuniti terdekat telah dipilih untuk menerima pakej remaja ini. Majlis penyampaian pakej tersebut telah disampaikan oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Kuching. Majlis ini telah berlangsung selama 3 jam dari pukul 8:00 pagi hingga 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali