Kursus #Saya Digital oleh pihak MDEC
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi dengan Kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan satu kursus yang bertajuk ‘Saya Digital” untuk komuniti terdekat di Kawasan Kejiranan Flat PPR Taman Sri Wangi. Seramai 10 orang peserta yang terlibat dengan kursus ini dan kebanyakan mereka adalah golongan usahawan kecil yang mempunyai produk mereka tersendiri. Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ekonomi digital di kalangan usahawan sekaligus membantu peserta untuk menjana pendapatan dengan lebih meluas dengan menggunakan teknologi digital. Kursus ini telah berlangsung selama 3 jam dari pukul 8:00 pagi hingga 10.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: