Google Meet - Kelas Asas Facebook Marketplace

15 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meeting iaitu kelas asas Facebook Marketplace. Kelas ini diadakan atas permintaan peserta dan secara individu bagi membantu peserta untuk mempromosikan produk di sekitar Kuching pada musim PKP 3.0. Dalam kelas ini, peserta telah diberi pengenalan tentang fungsi Facebook Marketplace yang mudah untuk digunakan dalam mempromosikan produk perniagaan. Peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan Facebook Marketplace sebagai salah satu platform lain untuk berniaga. Kelas ini telah berlansung selama 1 jam dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali