Zoom Online - Kelas Asas Microsoft Office

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian iaitu Kelas Microsoft Word disamping mengadakan kelas e-pembelajaran bersama-sama peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan ibu bapa peserta yang memerlukan peserta untuk mengulangkaji pelajaran semasa cuti sekolah pada hujung minggu. Peserta turut membuat latihan Bahasa Melayu bagi persediaan peperiksaan akan datang sekiranya ada. Peserta bersama-sama staf membuat kerja rumah peserta iaitu membuat latihan karangan atau penulisan menggunakan Microsoft Word. Peserta dapat melatih diri menggunakan papan kekunci dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Microsoft Office iaitu Word. Kelas berjalan dengan lancar. Kelas mula pada jam 9:00 pagi dan tamat pada jam 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali