Google Meet - Kelas Asas Google Business

14 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meeting iaitu kelas asas Google Business. Kelas ini diadakan bagi membantu peserta terutama usahawan tempatan yang ingin mendaftarkan perniagaan menggunakan Google Business. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyediakan maklumat yang berkaitan yang akan dimuatnaik ke Google Business. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk menetapkan lokasi perniagaan menggunakan Google Maps. Kelas telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali