Zoom Online - Kelas WPS Office Individu

13 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas WPS Office Individu atas permintaan peserta. Kelas ini memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggunakan aplikas WPS Office untuk menyiapkan tugasan. WPS Office adalah aplikasi yang memberikan fungsi yang sama dengan Microsoft Office. Dalam kelas ini, peserta telah diberikan tugasan untuk menyediakan Jadual Waktu Persekolahan masing-masing menggunakan WPS Office. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali