Zoom Online - Panduan Sistem Sarawak E-Recruitment (Individu)
12 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian Panduan Sistem Sarawak E-Recruitment atas permintaan peserta. Kelas ini dijalankan bagi membantu peserta khususnya peserta dari Sarawak untuk mendaftar baharu atau mengemaskini maklumat yang terdapat di dalam sistem Sarawak E-Recruitment. Peserta terlebih dahulu didedahkan dengan pengenalan secara ringkas sistem baharu Sarawak E-Recruitment. Sebelum melanjutkan kelas ke pengemaskinian maklumat, peserta diminta untuk mengemaskini Sarawak ID bagi tujuan pengesahan sebagai warganegara sah bermastautin di Sarawak. Peserta seterusnya didedahkan dengan beberapa fungsi dalam sistem tersebut terutama fungsi “Papan Pemuka” dalam mengemaskini beberapa maklumat peribadi dan juga lain-lain maklumat berkaitan dengan Permohonan Jawatan. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: