Zoom Online - Kelas Resume Canva (Individu)

13 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian berkenaan dengan penyediaan Resume menggunakan aplikasi Canva atas permintaan peserta. Kelas ini dijalankan secara individu bagi membantu peserta untuk menyediakan Resume bagi tujuan permohonan pekerjaan. Dalam kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dalam menggunakan template yang sedia ada di dalam aplikasi Canva untuk menyediakan Resume. Peserta juga diberikan beberapa tip dalam penyediaan Resume sesuai dengan pekerjaan yang ingin dipohon. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam secara atas talian iaitu dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali