(Zoom Online) Personal Coaching Shopee Seller Centre & Canva

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin membuat akaun Shopee Seller Centre bagi memperkenalkan perniagaan beliau. Sebelumnya, peserta diberikan sedikit penerangan berkaitan sejarah dan latar belakang Shopee sebelum memulakan kelas. Peserta diberikan tunjuk ajar menggunakan aplikasi atas talian seperti Canva bagi memudahkan peserta mereka cipta sebarang bentuk gambar digital. Peserta juga turut ditunjuk ajar cara memuat naik gambar latar belakang dan video pada kedai di Shopee Seller Centre. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula jam 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali